SOALAN LAZIM

Lesen pelelong adalah lesen yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membenarkan pemegang lesen menjalankan aktiviti lelongan di Negeri Selangor.

Permohonan lesen pelelong Negeri Selangor perlulah mematuhi syarat seperti tertulis di laman Info/Syarat Kelayakan ini.

Tempoh lesen pelelong adalah 1 tahun dari tarikh kelulusan.

Tarikh permohonan akan dimaklumkan di laman utama web ini.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat di laman Aduan.

Sistem e-Pelelong boleh diakses melalui telefon pintar/PDA dengan mengakses e-pelelong.selangor.gov.my. Paparan versi Mobile yang responsif akan disesuaikan.