Lesen pelelong Negeri Selangor diwartakan di bawah auction sales enactment 1929 dan Y.B. Setiausaha Kerajaan adalah dilantik dan diwartakan sebagai pegawai perlesenan di bawah seksyen 2, enakmen berkaitan melalui Warta Sel,GN3758/60. pelantikan oleh Y.A.B Menteri pada masa ini adalah dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Y.B. Dato' selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diberikan kuasa sebagai pegawai pelesen untuk meluluskan permohonan lesen pelelong di Negeri Selangor melalui Warta Sel.GN758/60 seperti berikut:
'In exercise of the power conferred by section 2 of the auction sales enactment of the Federated Malay State, the minister of the interior has appointed the state secretary, Selangor to be the licensing officer for the state of Selangor with effect from 9th July 1959'
Lesen yang dikeluarkan ini berkuatkuasa mulai 1hb Januari dan akan tamat pada 31hb Disember setiap tahun. Calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga perlu membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia: sepuluh ringgit) sebagai fi lesen bagi tempoh satu tahun atas nama 'BENDAHARI NEGERI SELANGOR' melalui kaedah 'DuitNow Online Banking/Wallets' (DOBW).
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) adalah pihak yang diberi kuasa oleh pegawai pengawal iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan penyediaan lesen pelelong Negeri Selangor.